ff
 

cara membuat sambal belacan

Rabu, 22 September 2010



Belah dua cabai, buang biji, potong kecik-kecik macam gambar. Aku buang biji sebab aku jenis tak tahan pedas dan takut apendiks hua hua... siapa yang layan pedas, suka ati korangla nak buat camna. Campur sket cili padi, sekali lagi macam tadi, siapa layan pedas, suka ati korang nak boh berapa. Untuk hari ni, aku guna 7 biji cabai merah, 2 biji cili padi. 



Lepas dah basuh dan tos, ambil lesung batu dan masuk kat dalamnya



Lepas tu tumbukla cabai-cabai tu. Agak-agak takut percik.. Dey, bukan ayam percikla haha.. Kalau takut percik, pakaila google ke spek itam ke hehe. Then, masukkan benda kat atas sinun.. Tauke adik-adik apa itu.? Ye.. bagus, namanya belacan, pandai sume. Masukkan skit belacan. Dan tumbuk lagi... Masukkan juga sedikit garam halus. Agak-agakla, dalam satu sudu teh kecik... Agak-agak nak darah tinggi, bohla banyak-banyak... hehehe... ;)

Setelah beberapa lama, agak-agak dah hancur cabai tu, berentilah... Pindahkan ke mangkuk kecil.. Perahkan limau bagi rasa masam sket dan bau sedap.. Pastu, hiasla lebih kurang macam kat bawah tu..



Maka..siaplah sambal belacan cara aku... Sekian, the end...

0 comments:

Posting Komentar

 
 
 
 
Copyright © aljufri